Kenali Penulis Buku Tips Didik Anak - Irafizah Ismail

Monday, 1 June 2020

Kenali Penulis Buku Tips Didik Anak

Jom kenali penulis buku Tips Didik Anak.


DR. HJH. AZURAIDA SHAHADAN​
Penulis Buku "Tips Didik Anak"
Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga dan Organisasi
Dr. Azuraida merupakan seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah daripada California State University Amerika dalam jurusan Kepimpinan Pendidikan. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan daripada Amerika, Ijazah Sarjana kedua dalam bidang Pengurusan Pendidikan daripada Malaysia, Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan dari Malaysia, Sijil Perkembangan Kanak-kanak dari California dan Sijil Psychotherapy dari UK.

Setelah hampir 8 tahun menetap di luar negara, Dr Azu pulang ke tanah air dan sering dilihat keudara bersama TV3, RTM, dan Astro Radio. Dr Azu merupakan seorang pakar motivasi yang sering bercakap mengenai kepimpinan diri, keluarga dan organisasi di media massa dan surat khabar tempatan. Beliau juga merupakan international speaker yang sering dijemput untuk memberi ceramah di dalam dan di luar negara.


DR. TAUFIQ RAZIF​
Penulis Bersama "Tips Didik Anak"
Social Media Influencer Khas Yang Berkaitan Ilmu Parenting
Dr. Taufiq merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan daripada Universitas Hasanuddin, Indonesia. Dr Taufiq juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ProParenting Resources yang banyak bercakap dan berkongsi mengenai ilmu ilmu parenting dan seringkali di jemput berkongsi pengalaman di seminar-seminar keibubapaan. Dr Taufiq mempunyai platform telegram parenting dengan lebih daripada 100000 ribu orang menyertainya.

Antara buku-buku yang pernah ditulis oleh Dr Taufiq adalah top selling Nota Parenting Ohsem, Mudahnya Kawal Emosi Anak, Mudahnya Kawal Emosi Ibu, Rahsia 100,000 Followers dan 50 Nota Parenting. Dr Taufiq juga merupakan social media influencer yang mempunyai lebih daripada 200,000 ribu followers di akaun social media beliau


Berminat, mahu memiliki Buku Tips Didik Anak boleh dapatkan disini.

 

No comments:

Post a comment